Kategori
Jenayah

Lelaki Ditahan Disyaki Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Seorang lelaki ditahan di Klang, Selangor kerana disyaki memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer miliknya. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada Selasa lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan […]

Kategori
Berita

Jepun Harap Kerjasama Kukuh Dengan Malaysia Berterusan Di Bawah Kepimpinan Baharu

GEORGE TOWN, 15 Dis – Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Kawaguchi Yoshiyasu berharap hubungan antara Jepun dan Malaysia yang telah lama terjalin akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan baharu di negara ini. Harapan kepada kerjasama selanjutnya di antara kedua-dua negara itu dinyatakan susulan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia. “Saya […]

Kategori
Politik

Anwar Saman MB Kedah Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’. Anwar, 75, selaku plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan S. N. Nair & Partners di […]

Kategori
Berita

Bapa Disyaki Tanam Anak Tepi Jalan Selepas Dera Sehingga Mati

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perbuatan kejam seorang lelaki mendera dan menanam mayat anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kawasan riadah di sini, terbongkar selepas ibu kepada kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek mengenai anaknya yang dalam keadaan lemah dan berdarah […]

Kategori
Berita

Kanak-Kanak Tiga Tahun, Bekas Imam Ditemui Lemas Dalam Dua Kejadian Berasingan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Dis – Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini petang semalam, ditemukan pagi tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata mangsa Muhammad Sufi Eijaz Mohd Sobrey, ditemukan pasukan mencari […]

Kategori
Berita

‘Fun Fair’ Di Puncak Alam Tiada Lesen, Kebenaran Operasi – MPKS

KUALA SELANGOR, 13 Dis – Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengesahkan aktiviti hiburan pesta ria (funfair) di Puncak Alam di sini tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, penganjur telah beberapa kali mengemukakan permohonan lesen hiburan, namun didapati tidak lengkap. Menurutnya, penganjur sepatutnya mengemukakan permohonan lesen dalam tempoh […]

Kategori
Berita

Bekas Imam Terjatuh Tali Air Ditemukan Lemas

SETIU, 13 Dis – Seorang bekas imam masjid yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ketika menjala ikan seorang diri di tali air di Kampung Fikri di sini ditemui meninggal dunia akibat lemas pada Selasa. Mayat, Zakaria Mohd Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 11.20 pagi selepas lebih 17 […]

Kategori
Berita

Agong Berangkat Ke Doha, Qatar Bagi Lawatan Khas

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, lawatan khas itu atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, […]

Kategori
Berita

Perkhidmatan Mohd Shafiq Sebagai KPPA Ditamatkan 12 Dis

PUTRAJAYA, 13 Dis – Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), berkuat kuasa 12 Dis, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mohd Zuki berkata penamatan itu selaras dengan Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut […]

Kategori
Berita

KKM Mula Inisiatif Pemberian Tuala Wanita Percuma, Tangani Kemingkinan Haid

PUTRAJAYA, 12 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat. “Kita buat di pejabat menteri (dulu) selepas itu (bakal dilaksana) di seluruh […]