PUTRAJAYA, 15 Dis – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tujuh teras utama itu termasuk memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran. […]
