Kategori
Berita

KKM Kesan 523 Daftar Masuk Premis Awam Babit Individu Positif COVID-19 Di Kedah

ALOR SETAR, 19 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 523 kali daftar masuk ke premis awam, termasuk pasar raya, membabitkan individu positif COVID-19 yang diarahkan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di Kedah, sepanjang minggu ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, 18 peratus daripada keseluruhan kes berkenaan yang dikesan melalui aplikasi […]

Kategori
Berita

Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Dijangka Bermula Awal Oktober Ini – Khairy

ALOR SETAR, 19 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memulakan pemberian suntikan dos ketiga atau dos penggalak (booster shot) vaksin COVID-19 kepada orang awam, bermula awal Oktober depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, kumpulan rentan atau golongan berisiko yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan. “Antara mereka yang diberi […]

Kategori
Berita

Maritim Malaysia Temukan Mayat Dipercayai Pekerja Kelong Jatuh Laut

SHAH ALAM, 18 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor mengesahkan penemuan mayat dipercayai seorang daripada pekerja kelong yang terjatuh ke laut tiga hari lepas. Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh orang awam lebih kurang 7.30 pagi tadi pada kedudukan sekitar lebih kurang 0.1 batu […]

Kategori
Berita

Feri Ke Langkawi Dari Kuala Kedah Beroperasi Semula 23 September

ALOR SETAR, 18 Sept – Perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah akan beroperasi semula bermula Khamis depan. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Baharin Baharom berkata buat masa ini perkhidmatan feri bagi laluan itu akan dibuka dengan dua trip perjalanan sehari. “Kami membuka semula laluan […]

Kategori
Berita

11 Lagi R&R Dan Hentian Sebelah PLUS Dibuka Untuk ‘Dine-in’

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Sebanyak 11 lagi medan selera di pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dibuka semula hari ini. Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, pembukaan itu susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan pengoperasian pada kapasiti penuh atau 100 peratus berikutan 80 peratus […]

Kategori
Berita

Lelaki Lemas Cuba Selamat Rakan Tergelincir Ketika Ber ‘selfie’

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang. Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada 3.54 […]

Kategori
Berita

Ajaran PMYT Bercanggah Hukum Syarak – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 18 Sept – Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) telah memutuskan bahawa ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) bercanggah dengan agama Islam, bertentangan dengan hukum syarak dan membahayakan keselamatan negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata keputusan itu diputuskan pada mesyuarat minggu lepas yang turut […]

Kategori
Berita

Peningkatan Kos Haji, Kerajaan Jamin Tetap Beri Subsidi – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 18 Sept – Kerajaan memberi jaminan subsidi mengerjakan haji akan dikekalkan meskipun kemungkinan berlaku peningkatan kos di masa hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Bagaimanapun, beliau berkata kos sebenar bagi mengerjakan haji belum diputuskan dan akan dibincangkan yang diharap tidak membebankan bakal haji. Katanya […]

Kategori
Berita

Sabah Benarkan 300 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Utama

KOTA KINABALU, 17 Sept – Kerajaan Sabah hari ini membenarkan seramai 300 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Utama negeri ini berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata masjid utama tersebut ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di sini dan […]

Kategori
Berita

Pulau Pinang Benarkan Jemaah Lengkap Vaksinasi Solat Ikut Kapisiti Masjid, Surau

GEORGE TOWN, 17 Sept – Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam […]