Kategori
Berita

Polis Sudah Rakam Keterangan Aktivis Sebar Berita Palsu Dakwa Pelajar Maut Selepas Divaksin

IPOH, 4 Okt – Polis Perak telah mengambil keterangan seorang aktivis wanita yang mendakwa kononnya kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai seperti yang tular tempoh hari, berpunca daripada suntikan vaksin COVID-19. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan aktivis wanita berusia 39 tahun itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah […]

Kategori
Berita

PDRM Sahkan Panggil Semula Pendakwah Bebas Untuk Ambil Keterangan

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula seorang pendakwah bebas terkenal semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata turut dipanggil ialah isteri pendakwah itu. “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga […]

Kategori
Berita

Vaksin: Ibu Kecewa Masyarakat Tular Berita Tak Betul Mengenai Anak

MELAKA, 1 Okt – “Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42. Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas disuntik […]

Kategori
Berita

Kebenaran ‘Dine-in’ Untuk Individu Lengkap Divaksin Masih Kekal, Terpakai Di Semua Fasa PPN – Khairy

PUTRAJAYA, 1 Okt – Kebenaran ‘dine-in‘ di restoran dan premis-premis berkaitan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19 masih kekal serta terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara tersebut susulan peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang lain berhubung perkongsian ringkas prosedur operasi standard (SOP) PPN […]

Kategori
Berita

Kes COVID-19 Menurun, Jepun Tarik Balik Darurat

TOKYO, 1 Okt – Perintah darurat COVID-19 di Jepun ditarik balik sepenuhnya pada Jumaat buat pertama kali sejak April, lapor Agensi Berita Kyodo. Sehubungan itu darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain turut ditarik balik , berikutan penurunan berterusan kes baharu di seluruh negara. Perniagaan seperti restoran dan taman tema sudah siap sedia berdepan peningkatan […]

Kategori
Berita

Dakwa Longlai Selepas Divaksin, Pelajar Ini Rupanya Lewat Tidur Malam & Tidak Bersarapan

PUTRAJAYA, 30 Sept – Pelajar yang didakwa longlai selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam rakaman video tular didapati lewat tidur malam. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelajar berkenaan juga tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka. “Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar […]

Kategori
Berita

Sektor Pelancongan Melaka Dibuka Untuk Rakyat Tempatan Bermula Esok – Exco

MELAKA, 30 Sept – Sektor pelancongan Melaka akan dibuka kepada rakyat negeri itu bermula esok sempena peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis. Beliau berkata antara aktiviti dibenarkan ialah pelancongan dan kebudayaan dalam negeri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk […]

Kategori
Berita

Remaja 16 Dan 17 Tahun Dibenarkan Untuk ‘Walk-in’ Di Semua PPV Pulau Pinang

GEORGETOWN, 30 Sept – Remaja berusia 16 dan 17 tahun termasuk pelajar dibenarkan hadir secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula Khamis ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sesi ‘walk-in’ harian bermula seawal jam 2 petang di setiap PPV. Bagaimanapun, katanya, […]

Kategori
Berita

Lebih 400,000 Individu Bawah 18 Tahun Dijangkiti COVID-19 Tahun Ini – Khairy

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah dan lebih membimbangkan 67 kes kematian telah dicatatkan tahun ini. “Adalah […]

Kategori
Berita

Khidmat Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan Secara Kontrak Selama 2 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Acryl Sani, 59, dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Okt 2021 hingga 3 […]