Categories
Berita

Tanah Runtuh: Operasi SAR Berkemungkinan Diteruskan Sehingga Semua Mangsa Ditemui

BATANG KALI, 21 Dis – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, mungkin diteruskan sehingga kesemuanya ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, hal itu akan dibincangkan bersama pelbagai agensi lain yang terlibat.

“Kebiasaannya operasi akan selesai dalam tempoh tujuh hari kerana ia tempoh yang sesuai dan selepas itu keadaan mangsa akan tidak sempurna.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan dan perbincangan bersama pihak-pihak lain yang terbabit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Hafisham berkata, pihaknya berkemungkinan akan meneruskan operasi selepas tempoh ditetapkan itu. – HARIAN METRO

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading