Categories
Berita

Tanah Runtuh: Kesemua Mangsa Terima Rawatan Di Hospital Dibenar Pulang – Nadma

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

BilNamaJantinaUmurHospitalStatus
1.Yam Lee YenPerempuan 41SelayangDibenarkan pulang 17 Dis
2.Ng Wei LunLelaki 13Kuala Kubu
Bharu
Dibenarkan pulang 16 Dis
3.Mg TanLelaki 34Kuala Kubu BharuDibenarkan pulang 16 Dis
4.Sandy Cheah Hui KeinPerempuan 32Kuala Kubu BharuDibenarkan pulang 16 Dis
5.Tan Ei EinPerempuan43SelayangDibenarkan pulang 19 Dis
6.Choo Wai LunLelaki34SelayangDibenarkan pulang 17 Dis
7.Ling Zi XuanLelaki19Kuala
Lumpur
Dibenarkan pulang 19 Dis
  8.Loh Teng ShuiLelaki44SelayangDibenarkan pulang 18 Dis

— BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading