Kategori
Berita

Monsun: Hujan Lebat Dijangka Beralih Ke Pahang, Johor Dan Barat Sarawak

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata data terkini diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan luruan kedua Monsun Timur Laut […]

Kategori
Berita

Pengumuman BKK, KGT Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Penjawat Awam – Cuepacs

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Keputusan kerajaan untuk meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran negara. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berpendapat pada masa sama kerajaan […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Kami Tidak Patah Semangat Cari Mangsa Hilang – Bomba

BATANG KALI, 20 Dis – Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, tidak berputus asa dan patah semangat dalam menjalankan tugas pencarian yang kini memasuki hari kelima. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Hafisham Mohd Noor berkata bahkan ada antara […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Tiga Pegawai, Anggota SAR Kurang Sihat, Cedera

BATANG KALI, 20 Dis – Tiga pegawai dan anggota penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini semalam kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan, namun semuanya dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mereka ialah Pengarah Jabatan […]

Kategori
Berita

Selangor Salur Bantuan Banjir RM1 Juta Buat Kelantan Dan Terengganu

SHAH ALAM, 20 Dis – Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat. “Kerajaan […]

Kategori
Berita

Tiga Remaja Maut Kereta Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

SUNGAI PETANI, 20 Dis – Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah setelah kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti adalah pemandu kereta Muhammad Aiman Rusdi, 17, serta dua rakannya Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, dan […]

Kategori
Berita

PM Anwar Dijangka Bentang Bajet Mini 2023 Di Parlimen Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan […]

Kategori
Berita

Nga Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Beliau turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 […]

Kategori
Berita

Banjir Terengganu: TNB Nafi Gangguan Elektrik Di Seluruh Negeri

KUALA TERENGGANU, 19 Dis – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan laporan yang tular di media sosial hari ini berkenaan kemungkinan gangguan bekalan elektrik di seluruh Terengganu pada petang ini. Melalui kenyataan yang dikeluarkan, TNB memaklumkan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menutup atau memotong bekalan elektrik secara besar-besaran ekoran situasi banjir di Terengganu yang semakin buruk. […]

Kategori
Berita

Kepentingan Dan Hak Rakyat Tunggak Utama – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama. Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, hari ini. “Alhamdulillah, secara […]