Categories
Berita

Tanah Runtuh: Operasi SAR Diteruskan Hari Keenam

BATANG KALI, 21 Dis – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, diteruskan pagi ini.

Operasi berkenaan memasuki hari keenam hari ini selepas ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi.

Sebelum operasi ditangguhkan, anggota penyelamat menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam tadi menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 orang.

Keadaan tanah yang lembik, lecak dengan lumpur tebal sedikit sebanyak menyukarkan usaha pencarian.

Anggota penyelamat juga kelihatan terus bersemangat menjalankan tugas pencarian meskipun tiga pegawai dan anggota terpaksa diberi rawatan kerana kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.

Perkembangan terbaharu malam tadi menyaksikan sehingga kini 61 selamat, 25 terkorban dan lapan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.

— BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading