Categories
Berita

Pendakian Gunung Kinabalu Dibuka Semula Kepada Orang Awam

KOTA KINABALU, 19 Sept – Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

“Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti para pelawat yang lengkap divaksinasi COVID-19 sahaja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja (dibenarkan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

“Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang telah dikemas kini pada 11 Sept lepas,” tambahnya. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading