MALAYSIA dijangka berhadapan satu lagi kemasukan pelarian Rohingya melalui laluan laut menjelang September, susulan perubahan tiupan angin monsun yang sering memudahkan perjalanan mereka ke rantau Asia Tenggara. Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, situasi tersebut bukan sesuatu yang asing kerana ia sudah berulang kali berlaku sejak sekian lama. […]
