Categories
Ringkas

Gelombang Baharu Rohingya Dijangka Masuk Malaysia September Ini

MALAYSIA dijangka berhadapan satu lagi kemasukan pelarian Rohingya melalui laluan laut menjelang September, susulan perubahan tiupan angin monsun yang sering memudahkan perjalanan mereka ke rantau Asia Tenggara.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, situasi tersebut bukan sesuatu yang asing kerana ia sudah berulang kali berlaku sejak sekian lama.

Menurut beliau, berdasarkan trend sebelum ini, kumpulan pelarian terbabit biasanya memulakan pelayaran ketika keadaan laut dan cuaca berada pada fasa yang lebih sesuai.

“Jika melihat kepada corak yang pernah berlaku, mereka akan bergerak ke negara-negara Asia Tenggara sekitar September kerana keadaan angin pada waktu itu memudahkan perjalanan mereka,” katanya menerusi satu audio siar.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya memandang ringan perkara itu kerana bilangan bot yang cuba memasuki perairan negara berkemungkinan meningkat dalam tempoh berkenaan.

“Tunggu sahaja apabila tiba September nanti, kita akan dapat melihat sendiri berapa banyak bot yang cuba menghampiri perairan Malaysia,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia selama ini tidak pernah mengabaikan nasib etnik Rohingya dan pelbagai bantuan kemanusiaan telah disalurkan oleh kerajaan serta pertubuhan berkaitan.

“Kita telah banyak membantu masyarakat Rohingya dan pelbagai pihak sudah lama terlibat dalam usaha kemanusiaan ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berpandangan isu pelarian Rohingya memerlukan penyelesaian yang lebih menyeluruh di peringkat serantau, memandangkan Malaysia terus menjadi antara destinasi utama yang menjadi tumpuan kumpulan tersebut. – Kosmo

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading