Categories
Berita

Tun M Ucap Tahniah, Selamat Maju Jaya Kepada PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” kata Dr Mahathir dalam hantaran itu.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.

– BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading