Kategori
Berita

Kembar Tertukar, Miliki Kad Pengenalan Diri Baharu – JPN

KOTA BHARU, 16 Nov – Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, yang kisah mereka menggemparkan negara apabila mereka tertukar 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira selepas impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan Atirah Iwani (nama […]

Kategori
Berita

Pemberian Dos Penggalak Secara ‘Walk-in’ Bakal Diputuskan – Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara jumpa terus atau ‘walk-in’, menerusi satu mesyuarat petang ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan 40 peratus individu yang telah diberi janji temu tidak hadir mendapatkan suntikan dos penggalak. “Petang ni saya akan pengerusikan mesyuarat CITF (Badan Bertindak […]

Kategori
Berita

Polis Musnah Bom Lama Peninggalan Perang Dunia Kedua

TAMPIN, 15 Nov – Sebutir bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari […]

Kategori
Berita

Terengganu Bentang Belanjawan 2022 Bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’

KUALA TERENGGANU, 15 Nov – Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” dengan peruntukan sebanyak RM1.657 bilion untuk perbelanjaan mengurus. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bagi tahun 2022 juga, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM600 juta perbelanjaan pembangunan dan RM40 juta untuk perbelanjaan bekalan air. “Di bawah […]

Kategori
Berita

8 Permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 Dilulus, Libatkan RM132,500

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak lapan permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 diluluskan oleh Jawatankuasa Induk dengan sejumlah RM132,500 dalam proses pembayaran. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan ia adalah antara 77 permohonan bagi bantuan itu yang diterima oleh kementerian berkenaan sehingga 5 Nov lepas. Selain […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. “Pihak Pfizer […]

Kategori
Berita

Kilang Kicap, Roti Diarah Tutup Kerana Kotor

BUTTERWORTH, 11 Nov – Sebuah kilang kicap dan sebuah kilang roti di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini berikutan keadaan premis yang kotor selain tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata keadaan itu […]

Kategori
Berita

MPN Cadang Buka Sempadan Negara Selewat-lewatnya 1 Januari 2022

PUTRAJAYA, 11 Nov – Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mencadangkan agar sempadan negara dibuka kepada pelancong antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari 2022. Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata, perkara tersebut telah dipersetujui menerusi mesyuarat MPN yang berlangsung hari ini. “Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan […]

Kategori
Berita

KKMM Lancar Rangkaian 5G Pertama Esok

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama esok, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkat-peringkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus […]

Kategori
Berita

Bimbang Dimarahi Selipar Hilang, Kanak-Kanak Dakwa Diculik

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Bimbang dimarahi ibu bapa setelah seliparnya hilang, seorang kanak-kanak lelaki mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Permas Jaya di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berketurunan Orang Asli kira-kira 5 petang, yang mendakwa […]