Categories
Berita

Polis Musnah Bom Lama Peninggalan Perang Dunia Kedua

TAMPIN, 15 Nov – Sebutir bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Seorang peneroka berusia 45 tahun menemukan bom itu di kawasan kebun getah miliknya lalu melaporkan kepada polis.

“Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata selepas membuat pengesahan objek itu, pihaknya memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading