Categories
Berita

Pemberian Dos Penggalak Secara ‘Walk-in’ Bakal Diputuskan – Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara jumpa terus atau ‘walk-in’, menerusi satu mesyuarat petang ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan 40 peratus individu yang telah diberi janji temu tidak hadir mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Petang ni saya akan pengerusikan mesyuarat CITF (Badan Bertindak Imunisasi COVID-19) dan kami akan buat keputusan untuk mereka yang nak terima booster (dos penggalak) ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Malaysia sebagai Destinasi Rawatan Hepatitis-C di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika ditanya perancangan dan dasar yang akan diambil kerajaan susulan kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan berkenaan kemungkinan jumlah kemasukan pesakit ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

Pemberian dos penggalak bermula pada 13 Oktober lepas di seluruh negara untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin COVID-19 bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading