Kategori
Berita

KKMM Lancar Rangkaian 5G Pertama Esok

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama esok, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkat-peringkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus […]

Kategori
Berita

Bimbang Dimarahi Selipar Hilang, Kanak-Kanak Dakwa Diculik

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Bimbang dimarahi ibu bapa setelah seliparnya hilang, seorang kanak-kanak lelaki mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Permas Jaya di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berketurunan Orang Asli kira-kira 5 petang, yang mendakwa […]

Kategori
Berita

Kes Perceraian Di Sarawak Cecah 5,000 Sepanjang PKP – Siti Zailah

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kes perceraian di Sarawak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac 2020 sehingga September tahun ini mencecah lebih 5,000 kes, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata itu termasuk 3,582 kes pasangan Islam dan 2,076 kes pasangan bukan Islam. […]

Kategori
Berita

Ismail Sabri Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Rasmi Ke Indonesia

JAKARTA, 9 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo. Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini kira-kira 10.10 pagi, diiringi Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Ketibaan beliau […]

Kategori
Luar Negara

AS Buka Pintu Kepada Pengembara Antarabangsa, Syarikat Penerbangan Tarik Nafas Lega

NEW YORK, 9 Nov – Selepas hampir 20 bulan menutup pintu kepada pengembara dari luar negara, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin membuka pintunya kepada pengembara antarabangsa yang telah divaksin. Langkah itu dilihat melegakan industri pelancong dan keluarga yang terpisah akibat sekatan COVID-19 yang dikenakan sebelum ini, lapor Xinhua. Ketibaan penerbangan antarabangsa dijangka meningkat 11 peratus […]

Kategori
Berita

Peniaga Restoran Disaran Pamer Harga Dan Penerangan Kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Peniaga restoran disaran supaya mempamerkan harga dan memberi penerangan lebih jelas kepada pelanggan untuk mengelak kekeliruan terutamanya bagi makanan yang melibatkan harga timbang secara gram atau kilogram. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kebanyakan pelanggan tidak memahami atau kurang jelas mengenai harga yang dipamerkan di restoran terutamanya […]

Kategori
Luar Negara

Mahkamah Tinggi Singapura Benarkan Penangguhan Hukuman Mati Warga Malaysia

SINGAPURA, 8 Nov – Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 Nov) atas sabitan mengedar dadah. Keputusan itu dimuatnaik di Facebook oleh M. Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati iaitu Nagaentran K Dharmalingam, 33. “Mahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan […]

Kategori
Berita

PRN Melaka: Semua Majlis Rasmi Kerajaan, Swasta Tidak Dibenarkan Dari 4 Hingga 27 November

MELAKA, 8 Nov – Semua majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan diadakan di negeri ini sejak dari 4 November hingga 27 November depan. Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Melaka menerusi kenyataan Pelan Pemulihan Negara (PPN) prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat yang dikemas kini semalam memaklumkan selain itu, semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial […]

Kategori
Berita

Amaran Banjir: TNB Keluarkan Panduan Keselamatan Elektrik Kepada Orang Ramai

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan keselamatan elektrik kepada orang ramai susulan jangkaan berlaku musim tengkujuh yang membawa hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula bulan ini hingga awal Januari depan. TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan panduan itu antaranya orang ramai dinasihatkan agar menghindari penggunaan sebarang peralatan […]

Kategori
Berita

Ivermectin Tidak Kurangkan Risiko Penyakit COVID-19 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (I-TECH) oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 […]