Kategori
Berita

Perkembangan Terkini Operasi Sekolah Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat dijangka ditanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kepada Menteri Pendidikan yang bertanyakan mengenai penerimaan guru, murid dan ibu bapa secara umum mengenai pembukaan sekolah. […]

Kategori
Berita

Tujuh Kriteria Sebagai Persediaan Peralihan Ke Fasa Endemik – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Tujuh kriteria perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik atau ‘Reopening Safely’ dalam menuju ke arah persekitaran hidup bersama COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata ia merangkumi satu prosedur operasi standard (SOP) dengan sembilan garis panduan; sistem amaran dan tindakan (HAS); Strategi […]

Kategori
Berita

Kembar Tertukar, Miliki Kad Pengenalan Diri Baharu – JPN

KOTA BHARU, 16 Nov – Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, yang kisah mereka menggemparkan negara apabila mereka tertukar 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira selepas impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan Atirah Iwani (nama […]

Kategori
Berita

Pemberian Dos Penggalak Secara ‘Walk-in’ Bakal Diputuskan – Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara jumpa terus atau ‘walk-in’, menerusi satu mesyuarat petang ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan 40 peratus individu yang telah diberi janji temu tidak hadir mendapatkan suntikan dos penggalak. “Petang ni saya akan pengerusikan mesyuarat CITF (Badan Bertindak […]

Kategori
Berita

Polis Musnah Bom Lama Peninggalan Perang Dunia Kedua

TAMPIN, 15 Nov – Sebutir bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari […]

Kategori
Berita

Terengganu Bentang Belanjawan 2022 Bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’

KUALA TERENGGANU, 15 Nov – Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” dengan peruntukan sebanyak RM1.657 bilion untuk perbelanjaan mengurus. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bagi tahun 2022 juga, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM600 juta perbelanjaan pembangunan dan RM40 juta untuk perbelanjaan bekalan air. “Di bawah […]

Kategori
Berita

8 Permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 Dilulus, Libatkan RM132,500

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak lapan permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 diluluskan oleh Jawatankuasa Induk dengan sejumlah RM132,500 dalam proses pembayaran. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan ia adalah antara 77 permohonan bagi bantuan itu yang diterima oleh kementerian berkenaan sehingga 5 Nov lepas. Selain […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. “Pihak Pfizer […]

Kategori
Jenayah

Bunuh Ahli Perniagaan, Bekas Pencuci Kapal Kekal Ke Tali Gantung

PUTRAJAYA, 11 Nov – Seorang bekas pencuci kapal yang disabitkan membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa tujuh tahun lepas, hari ini gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin Kasim, 41, […]

Kategori
Berita

Kilang Kicap, Roti Diarah Tutup Kerana Kotor

BUTTERWORTH, 11 Nov – Sebuah kilang kicap dan sebuah kilang roti di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini berikutan keadaan premis yang kotor selain tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata keadaan itu […]