Categories
Ringkas

Sukan SEA 2027: Lima Sukan Tambahan Diluluskan, Jadikan Keseluruhan 43 Sukan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) meluluskan lima sukan tambahan pada Sukan SEA 2027, menjadikan jumlah keseluruhan 43 sukan.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Datuk Mohd Nasir Ali berkata lima jenis sukan yang diluluskan Majlis SEAGF ialah sukan tarian, hoki ais, kabadi, padel dan teqball.

Beliau berkata kelulusan itu selepas siri perbincangan antara SEAGF dan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) susulan badan berkenaan menerima 30 rayuan daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) untuk memasukkan sukan tambahan selepas 38 sukan diluluskan pada April.

“Majlis SEAGF baru sahaja meluluskan cadangan ini dan kami mengesahkan bahawa tiada lagi rayuan atau penambahan terhadap program sukan bagi Sukan SEA 2027.

“Jumlah akhir ialah 43 jenis sukan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis SEAGF di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata MASOC dijangka mengumumkan senarai penuh disiplin dan acara pingat menjelang September tahun ini, selaras dengan Piagam dan Peraturan Sukan SEA. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading