Categories
Ringkas

Visi, Kesungguhan Selangor FC Pikat Hati Pan-gon

KEYAKINAN terhadap visi yang jelas serta kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan oleh pengurusan Selangor FC menjadi faktor utama Kim Pan-gon memilih untuk menyertai skuad Gergasi Merah.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu secara rasmi diumumkan sebagai pengendali baharu Selangor pada Isnin sekali gus meleraikan teka-teki mengenai destinasi baharu beliau selepas meninggalkan kancah bola sepak Korea Selatan baru-baru ini.

Menurut Pan-gon, beliau melihat Selangor FC mempunyai aspirasi yang selari dengan objektif peribadinya sebagai seorang jurulatih selain kagum dengan pemahaman kelab tersebut terhadap falsafah kepimpinan yang ingin dibawanya.

“Keputusan saya menyertai Selangor FC dibuat berdasarkan keyakinan terhadap visi dan kesungguhan kelab. Mereka telah menunjukkan komitmen yang luar biasa serta pemahaman mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang saya akan bawa.

“Selain itu, sasaran dan objektif kelab selaras dengan aspirasi peribadi saya sebagai seorang jurulatih,” katanya.

Pan-gon bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Beliau sebelum ini mencipta fenomena apabila berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya dari kedudukan ke-154 ke-134 dunia antara tahun 2022 hingga 2024.

Malah, sentuhan magisnya turut menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit, pencapaian yang mengangkat semula imej bola sepak negara di pentas Asia. – Sinar Harian

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading