Categories
Sukan

Manchester United Lantik Ralf Rangnick Sebagai Pengurus Sementara

MOSCOW, 30 Nov – Kelab bola sepak UK Manchester United pada Isnin secara rasmi melantik Ralf Rangnick dari Jerman sebagai pengurus sementara selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer kerana mencatat keputusan perlawanan yang mengecewakan, kata Sputnik.

“Manchester United mengumumkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim, tertakluk kepada keperluan visa kerja,” kata kelab itu dalam satu kenyataan, sambil menambah Rangnick akan berkhidmat sebagai pengurus selama dua tahun.

Kelab itu menambah bahawa Michael Carrick akan kekal mengendalikan pasukan utama Manchester United sehingga visa Rangnick dimuktamadkan. The Red Devils juga berterima kasih kepada kelab bola sepak Rusia, Lokomotiv Moscow kerana “kerjasama mereka dalam proses membawa Ralf ke Manchester United.”

Pada Julai, Rangnick dilantik sebagai pengurus sukan dan pembangunan di Lokomotiv Moscow dengan kontrak tiga tahun. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading