Kategori
Luar Negara

Buaya Mati Dipijak Ibu Gajah Selepas Mengendap Anaknya

SEORANG pengunjung taman safari merakam sebuah video menunjukkan seekor ibu gajah memijak seekor buaya sehingga mati selepas menyedari haiwan pemangsa itu mengendap anaknya di Sungai Zambezi, Zambia.

Memetik laporan Daily Mail, pengunjung terbabit, Hans Henrik Haahr dari Denmark merakam insiden seekor gajah Afrika bersaiz besar yang menyerang buaya tersebut dalam satu serangan ganas di sebuah safari di Zambia.

Video penuh dramatik itu menunjukkan ibu gajah memijak buaya yang panjangnya kira-kira 3 meter itu sehingga mati. Setelah beberapa minit, gajat itu dilihat mencapai ekor buaya itu dan mengangkatnya keluar dari sungai tersebut.

“Pengunjung menyaksikan insiden penuh dramatik ini antara dua haiwan paling digeruni di Afrika.

“Ini mungkin merupakan serangan balas daripada gajah itu terhadap buaya yang menghendap  anak dan kawanannya,” demikian kenyataan dimuat naik bersama hantaran itu. – DAILY MAIL

Amirul Fahmi's avatar

Oleh Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Tinggalkan komen