Kategori
Berita

KKM Akan Bina Hospital Medan Di HPP Tampung Pesakit COVID-19

GEORGE TOWN, 11 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membina hospital medan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat di negeri ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pasukan KKM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melawat tapak hospital medan itu dan pembinaannya dijangka mengambil masa seminggu. Beliau […]

Kategori
Berita

Jakim Sediakan Draf Ketetapan Baharu SOP Solat Jemaah Di Masjid, Surau

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk membuat draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, perkara itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara […]

Kategori
Berita

Noh, Mohamad Angkat Sumpah Jawatan Menteri, Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin hari ini masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Pelajar Dibuat Seiring Pembukaan Sekolah – Khairy

PUTRAJAYA, 9 Sept – Pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilakukan seiring dengan pembukaan semula sekolah. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan dilantik bagi memikul tanggungjawab sebagai penyelaras program vaksinasi untuk remaja. “Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa […]

Kategori
Berita

KKM Kaji Penggunaan Ubat-ubatan Lain Rawat Pesakit COVID-19 – Dr Hishamshah

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim. Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara hari ini, Dr Hishamshah berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan […]

Kategori
Berita

Institut Latihan Memandu Dibenar Beroperasi Khamis Ini – Wee

PUTRAJAYA, 7 Sept – Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai Khamis ini (9 Sept) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Beliau berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu […]

Kategori
Berita

Kerajaan Umum Kelonggaran SOP Fasa 1 PPN Bagi Industri Kreatif, Aktiviti Panggung Wayang Antara Yang Dibenarkan

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang diberi itu dijangka akan memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif. Menurutnya, persetujuan untuk memberi kelonggaran itu adalah […]

Kategori
Berita

Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini – Khairy

SEMPORNA, 7 Sept – Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Khamis ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya. “Saya ada mesyuarat dengan pengurusan […]

Kategori
Berita

Azizulhasni Kini Bergelar Pensyarah UPSI

TANJUNG MALIM, 6 Sept – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ditawarkan jawatan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu dalam satu majlis ringkas di Kampus […]

Kategori
Berita

Pemandu Lori Rempuh Lima Buah Kenderaan Didapati Positif Dadah

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pemandu lori yang merempuh lima buah kenderaan dalam sebuah kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur petang tadi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu dipercayai berlaku […]