Kategori
Berita

Noh, Mohamad Angkat Sumpah Jawatan Menteri, Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin hari ini masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat […]

Kategori
Berita

KKM Kaji Penggunaan Ubat-ubatan Lain Rawat Pesakit COVID-19 – Dr Hishamshah

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim. Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara hari ini, Dr Hishamshah berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan […]

Kategori
Berita

Institut Latihan Memandu Dibenar Beroperasi Khamis Ini – Wee

PUTRAJAYA, 7 Sept – Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai Khamis ini (9 Sept) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Beliau berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu […]

Kategori
Berita

Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini – Khairy

SEMPORNA, 7 Sept – Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Khamis ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya. “Saya ada mesyuarat dengan pengurusan […]

Kategori
Sukan

Kontroversi Ziyad, Satu Pengajaran Yang Mahal Harganya – CDM

TOKYO, 5 Sept – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin menyifatkan kontroversi membabitkan jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, satu pengajaran yang mahal harganya dan tidak boleh dilupakan buat kontinjen Malaysia. Beliau mengakui kesilapan seumpama itu tidak dapat dielak oleh mana-mana […]

Kategori
Berita

Jangan Mansuh Cuti Tahunan Petugas Barisan Hadapan Yang Tidak Dihabiskan – Cuepacs

KOTA BHARU, 5 Sept – Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan cuti tahunan 180,000 petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan penuh ketika pandemik COVID-19. Presidennya Adnan Mat berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu, cuti tahunan ini didapati tidak dapat dihabiskan dalam usaha mereka memastikan […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Bawah 18 Tahun Di Sarawak Dijangka Bermula Rabu Ini

KUCHING, 5 Sept – Vaksinasi COVID-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka bermula Rabu ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini negeri itu di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu, mereka sedang membuat […]

Kategori
Berita

Imam, Bilal Enggan Divaksin Akan Diberi Kaunseling – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 4 Sept – Kumpulan imam dan bilal yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat untuk menjalani sesi kaunseling. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sesi kaunseling itu bagi menjelaskan tentang kepentingan pengambilan vaksin serta memberi penerangan kepada […]

Kategori
Berita

Kereta Dihanyut Arus Deras Di Inanam, Sabah Ditemukan Pagi Ini

KOTA KINABALU, 4 Sept – Sebuah kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini lewat petang semalam ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersama orang awam pada 7.20 pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kereta berkenaan ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi […]

Kategori
Berita

Pekerja Enggan Divaksin Boleh Dikenakan Tindakan – Saravanan

IPOH, 3 Sept — Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun AKKP 1994 menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja […]