Categories
Ringkas

Zamri Vinoth Didakwa Buat Kenyataan Timbul Kegentaran Awam

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pendakwah bebas Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lepas.

Zamri Vinoth, atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

“Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah,” katanya yang berada di kandang tertuduh dengan memakai kot berwarna biru. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading