Categories
Ringkas

AFC Batalkan Dua Kemenangan Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Asia

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Dua kemenangan Harimau Malaya, masing-masing ke atas Nepal dan Vietnam, dalam pusingan kelayakan Piala Asia tahun lalu dibatalkan, sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan enam mata dalam kempen berkenaan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), memaklumkan bahawa ia susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bersidang pada Selasa, berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC, Jahangir Baglari, mendapati FAM telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 berkenaan.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 dalam kedua-dua perlawanan itu berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

“Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119),” katanya.

FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC sebelum mempertimbang langkah seterusnya.

Dengan penolakan enam mata itu, skuad negara kini tidak layak ke Piala Asia 2027. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading