Categories
Sukan

Johor Umum Cuti Peristiwa Ahad Ini Rai Kejayaan JDT Mara Ke Pentas Akhir Piala Malaysia – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 24 Nov – Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 27 November sempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mara ke final Piala Malaysia 2022 pada Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya sebentar tadi.

“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini.

“Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi inspirasi kepada Orang Muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita.

“Kerajaan negeri Johor juga mengumumkan hari Ahad, 27 November 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor sempena perlawanan bola sepak ini.

“Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan,” kata Onn Hafiz.

JDT akan bertemu Selangor FC di pentas final selepas menepati ramalan mara ke final TM Piala Malaysia 2022 setelah menewaskan Sabah FC 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mara dengan agregat 4 -1 hasil kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 15 November lalu.

Sementara itu Selangor FC berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan keputusan agregat 3-2 selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua penuh dramatik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada Selasa.

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading