Kategori
Ringkas

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini. “Semua jawatan mempunyai had […]

Kategori
Ringkas

Sanusi Tolak Pengerusi PN, Cadang Ahmad Samsuri

SHAH ALAM, 2 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan. Sebaliknya, Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan. […]

Kategori
Ringkas

Pulau Pinang Laksana Perintah Khidmat Masyarakat Bermula 1 Julai 2026

BUKIT MERTAJAM, 2 Jan – Pulau Pinang bersetuju untuk menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah membuang sampah kecil di tempat awam bermula 1 Julai 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye. Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 17 Dis meluluskan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan […]

Kategori
Ringkas

Pas Sahkan Calon Pengerusi PN Minggu Depan – Abdul Hadi

MARANG, 2 Jan – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan. Menurutnya, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama parti komponen gabungan itu termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Mengenai […]

Kategori
Ringkas

KKM Nafi Klinik Kesihatan Tidak Lagi Terima Pesakit ‘Walk-in’

PUTRAJAYA, 1 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial. KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. […]

Kategori
Ringkas

Saman Tertunggak Tiada Kaitan Dengan Kelayakan BUDI95 – Loke

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol BUDI95. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Sie Fook berkata, kedua-dua mekanisme tersebut beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung. Beliau menjelaskan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 ditentukan […]

Kategori
Ringkas

Jenazah Bung Moktar Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas

KOTA KINABALU, 5 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang. Hujan gerimis turun sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu. Terdahulu, van membawa jenazah […]

Kategori
Ringkas

Tiga Menteri Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Senator Dewan Negara Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Tiga menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Kategori
Ringkas

AGC Arah Kes Kematian Kadet PALAPES Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat mengenai hasil laporan siasatan yang dibuka PDRM berhubung […]

Kategori
Ringkas

Perodua Lancar EV Pertama QV-E, Harga RM80,000

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Perodua melancarkan QV-E, kenderaan elektrik (EV) pertamanya, sekali gus menandakan kemasukan rasmi pengeluar nasional itu ke segmen EV mampu milik dalam negara. Model berkenaan ditawarkan pada harga RM80,000 yang tidak meliputi kos insurans dan bateri. Ini kerana Perodua memperkenalkan konsep pajakan bateri ‘Battery as a Service’, yang mana bateri ditawarkan […]