Categories
Ringkas

Aktiviti ‘Yeye’ Keji, Wanita Tidak Harus Dijadikan Objek Seks Di Mes ATM – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kementerian Pertahanan menegaskan, wanita tidak seharusnya dijadikan sebagai objek seks dan hiburan di mes Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, kementeriannya dan ATM dari awal lagi mengharamkan segala bentuk aktiviti tidak bersahsiah di semua kem ATM.

“Panggillah dengan apa nama sekalipun, ‘yeye’, ‘yaya’ atau apa sahaja. Ia adalah perkara keji, tidak bermoral dan bercanggah dengan tradisi hidup Islam.

“Aktiviti-aktiviti haram dan tidak bermoral sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi di mana-mana kem kita.

“Tiada sesiapa harus menerima segala bentuk perlecehan hak asasi. Tiada wanita harus dijadikan objek seks dan hiburan di mess dan Wisma Perwira kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan, di sini, pada Isnin.

Tegas Mohamad Khaled, mana-mana individu yang terlibat dalam kemungkaran moral sehingga mencemarkan imej dan maruah ATM akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum dan disingkirkan daripada perkhidmatan.

Sehubungan itu, kata beliau, Kementerian Pertahanan akan menguatkuasakan peraturan dan disiplin dengan lebih tegas bagi memastikan tiada kelonggaran terhadap salah laku dalam kalangan anggota ATM. – Astro AWANI / Umavathi Ramayah

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading