Kategori
Berita

Moderna Rancang Tubuh Anak Syarikat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong. Pengumuman tersebut mengukuhkan kehadiran sedia ada Moderna di rantau ini dengan pejabat di Jepun, Korea Selatan […]

Kategori
Berita

Dua Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Batu Berangkai

IPOH, 15 Feb – Aktiviti perkelahan sekumpulan remaja lelaki berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Batu Berangkai yang terletak di perkampungan Orang Asli, Kampar pagi tadi. Kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad […]

Kategori
Berita

Buat Aduan Di ‘Helpdesk’ MySejahtera, Rujuk PPV Jika Hadapi Masalah Teknikal Dos Penggalak

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut. Ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Dr Mahesh Appannan berkata individu yang sudah menerima dos […]

Kategori
Berita

Polis Pergiat Operasi, Pautau Penjualan Sijil Vaksinasi Palsu – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain. “Oleh demikian, saya telah mengarahkan ketua-ketua […]

Kategori
Berita

Kes Bunuh Pensyarah Palestin: Polis Tunggu Maklumat Interpol, Kedutaan Palestin

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihak berkenaan melibatkan Kedutaan Besar Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol) dan lain-lain agensi di […]

Kategori
Berita

Jambatan Gantung Kampung Nelayan Tengah Ditutup Sementara

SANDAKAN, 12 Jan – Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun […]

Kategori
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Terus Menurun

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat pagi Rabu. Di JOHOR, jumlah mangsa mencatatkan 1,227 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam, dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, empat daerah masih […]

Kategori
Berita

Murid Sekolah Rendah Dibenar Lakukan Ujian Saringan COVID-19 Di Rumah – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Murid sekolah rendah akan dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula minggu ini, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), para murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil ujian saringan berkenaan kepada pihak sekolah. “Kit ujian akan disediakan oleh […]

Kategori
Berita

Mangsa Banjir Di Johor, Melaka, Pahang Terus Menurun

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Situasi banjir di tiga negeri yang terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang bertambah baik sekali gus merekodkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini. Di JOHOR, keadaan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 2,935 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,161 orang, pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan […]

Kategori
Berita

PDRM Akan Mohon Ekstradisi Suspek Pembunuhan Pensyarah Palestin

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon suspek kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin pada 2018, di sini, yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Palestin semalam, diekstradisi ke negara ini bagi tujuan siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pada masa ini, PDRM sedang mendapatkan […]