Kategori
Berita

COVID-19: UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Mac Ini

SHAH ALAM, 17 Feb – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan. UiTM dalam kenyataan memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen melibatkan 27,287 graduan UiTM Shah Alam; cawangan Sarawak dan Sabah itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 5/2022, semalam (16 Feb). Istiadat […]

Kategori
Berita

93 Peratus AEFI Dilaporkan Tidak Serius – NPRA

PUTRAJAYA, 16 Feb – Majoriti atau 93 peratus daripada Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 yang dilaporkan adalah tidak serius, menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata Sistem Pelaporan AEFI NPRA menerima 24,990 laporan AEFI termasuk 1,104 laporan melibatkan dos penggalak vaksin COVID-19 dan lapan laporan bagi penerima […]

Kategori
Berita

Moderna Rancang Tubuh Anak Syarikat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong. Pengumuman tersebut mengukuhkan kehadiran sedia ada Moderna di rantau ini dengan pejabat di Jepun, Korea Selatan […]

Kategori
Berita

Dua Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Batu Berangkai

IPOH, 15 Feb – Aktiviti perkelahan sekumpulan remaja lelaki berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Batu Berangkai yang terletak di perkampungan Orang Asli, Kampar pagi tadi. Kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad […]

Kategori
Berita

Buat Aduan Di ‘Helpdesk’ MySejahtera, Rujuk PPV Jika Hadapi Masalah Teknikal Dos Penggalak

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut. Ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Dr Mahesh Appannan berkata individu yang sudah menerima dos […]

Kategori
Berita

Polis Pergiat Operasi, Pautau Penjualan Sijil Vaksinasi Palsu – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain. “Oleh demikian, saya telah mengarahkan ketua-ketua […]

Kategori
Berita

Kes Bunuh Pensyarah Palestin: Polis Tunggu Maklumat Interpol, Kedutaan Palestin

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihak berkenaan melibatkan Kedutaan Besar Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol) dan lain-lain agensi di […]

Kategori
Berita

Jambatan Gantung Kampung Nelayan Tengah Ditutup Sementara

SANDAKAN, 12 Jan – Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun […]

Kategori
Luar Negara

Dos Penggalak Mungkin Tidak Mencukupi – WHO

GENEVA, 12 Jan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron. Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang […]

Kategori
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Terus Menurun

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat pagi Rabu. Di JOHOR, jumlah mangsa mencatatkan 1,227 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam, dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, empat daerah masih […]