Categories
Ringkas

Sekatan Pergerakan, Pergaulan Antara Syarat Tahanan Di Rumah Najib

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Datuk Seri Najib Razak perlu mematuhi empat ketetapan utama sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara ketetapan itu termasuk kawalan pergerakan, lawatan, tempat tinggal dan pergaulan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut dilarang menggunakan telefon serta peralatan komunikasi, selain diwajibkan menyertai program pemulihan dan intervensi.

Menurut Saifuddin, semua ketetapan tersebut diputuskan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ketika memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Beliau berkata, Jabatan Penjara turut diberi kuasa menetapkan prosedur serta arahan berkaitan aspek kawalan dan pemantauan sepanjang tempoh tahanan berkenaan.

Najib juga tidak boleh menetap di alamat lain atau meninggalkan kediaman yang ditetapkan tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu.

Bagi menunaikan solat di masjid atau surau, termasuk solat Jumaat, pihak berkuasa akan menguruskan pergerakan beliau ke lokasi berkenaan.

Dalam masa sama, beliau tidak dibenarkan tinggal bersama isteri, anak, menantu dan cucu tanpa kebenaran bertulis. Hanya individu yang mendapat kelulusan Lembaga Pengampunan boleh menetap bersamanya.

Sekatan turut meliputi urusan menerima kunjungan tetamu, yang hanya dibenarkan selepas memperoleh kebenaran bertulis.

Saifuddin menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) di Dewan Rakyat berhubung syarat tahanan di rumah yang dikenakan terhadap Najib serta agensi bertanggungjawab memantau pematuhannya. – Harian Metro

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗢𝗳𝗢𝗲𝗱 π—”π˜‚π˜π—΅π—Όπ—Ώ β˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori β€œRingkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan