Categories
Ringkas

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Di Tempat Awam

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Polis menahan dua lelaki selepas mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Intan Baiduri, di sini, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, rondaan cegah jenayah sekitar jam 2.00 pagi di Zon Sri Murni membawa kepada penemuan sebuah Proton X50 dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berada di dalam kenderaan tersebut dan didapati melakukan perlakuan seks oral di tempat awam.

Pemeriksaan lanjut turut menemui gumpalan tisu dipercayai mempunyai bahan cecair pada lantai bahagian penumpang.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 29 dan 24 tahun, yang bekerja sebagai jurujual, telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bagi siasatan lanjut.

Semakan rekod mendapati kedua-dua suspek tiada rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan, manakala kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari bermula 30 Januari hingga 1 Februari.

Polis menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral di tempat awam yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading