Categories
Ringkas Ekspres

TikTok Mungkin Dikenakan Tindakan Undang-Undang Di Australia

TikTok berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang di Australia berikutan kegagalannya mengemukakan dokumen kepada jawatankuasa Senat yang menyiasat campur tangan asing melalui media sosial, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Rabu.

James Paterson yang mempengerusikan jawatankuasa itu, berkata TikTok gagal menjawab soalan jawatankuasa dan mengemukakan dokumen yang diperlukan.

“(TikTok) gagal memenuhi tarikh akhir untuk menjawab semua soalan dalam notis siasatan,” kata Paterson.

Jawatankuasa itu sedang menyiasat campur tangan asing di Australia melalui media sosial.

Terdahulu, jawatankuasa itu meminta TikTok menjawab 15 soalan berkaitan proses pengumpulan data aplikasi dan akses jurutera China kepada data pengguna Australia, sehingga 14 Julai.

“Saya menjangkakan semua saksi dalam siasatan itu akan segera menjawab soalan yang dikemukakan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya, jika perlu, terhadap mana-mana saksi yang tidak patuh kepada keputusan Senat,” kata Paterson. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading