Kategori
Luar Negara

Sibuk Buru Pokemon Sehingga Abaikan Panggilan Rompakan, Dua Anggota Polis Dipecat

DUA orang anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat telah dipecat kerana memilih untuk memburu Pokemon berbanding bertindak ke atas sebuah panggilan untuk memeriksa kes rompakan.

Louis Lozano dan Eric Mithcell dilaporkan sedang memandu di jalanan bagi memburu karakter Pokemon bernama Snorlax dan Togetic menerusi permainan video Pokemon Go di dalam telefon pintar mereka.

Berdasarkan rakaman di dalam kereta peronda polis tersebut, perbualan kedua-dua pegawai polis itu mendedahkan ada terdengar panggilan dari sebuah premis beli-belah berhubung kes rompakan, namun mereka mengabaikan panggilan tersebut.

Menurut dokuman undang-undang yang diperoleh, data menunjukkan rakaman perbualan mereka menperdengarkan bahawa Pegawai Mitchell memberitahu Pegawai Lozano bahawa Snorlax ‘tiba-tiba muncul’.

“Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai permainan video Pokemon Go sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul,” kata dokumen undang-undang.

Kedua-dua pegawai itu telah didakwa di atas beberapa kesalahan. Mereka turut mengaku gagal menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian rompakan pada April 2017 lalu, berlaku.

Walau bagaimanapun, mereka menafikan alasan yang mereka ketika itu sedang bermain Pokemon Go dan menegaskan bahawa mereka hanya berborak mengenai permainan itu. – AGENSI

Amirul Fahmi's avatar

Oleh Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Tinggalkan komen