Kategori
Sukan

Emas Pertama Negara Disifatkan Sebagai Hadiah Sempena Hari Kebangsaan – Bonnie

JAGUH paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin yang memperoleh pingat emas pertama negara menerusi acara powerlifting di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pagi tadi menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah buat negara bersempena hari kebangsaan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

“Ini sememangnya kenangan yang manis buat saya dan juga untuk menghadiahkan sempena Hari Kebangsaan kita.

“Pingat ini memang sangat penting untuk saya memandangkan ini kemunculan pertama saya dan telah buat persembahan yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual secara atas talian pada Sabtu.

Menerusi acara itu, Bonnie berjaya memecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan 228 kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekatnya Mahmoud Attia dari Mesir yang menduduki tempat kedua (191 kg) dan Micky Yule dari Great Britain yang menduduki tempat ketiga (182 kg).

Mengulas lanjut, Bonnie turut menceritakan keluarga antara pihak yang mendorong dirinya mencapai kejayaan hari ini. “Semalam sebelum tidur ada berhubung dengan keluarga, minta nasihat dan mendoakan saya untuk berjaya dalam hari ini jadi semuanya termakbul,” katanya lagi. – ASTRO AWANI

Amirul Fahmi's avatar

Oleh Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Tinggalkan komen