Categories
Berita

Penjaja Kecil Tidak Perlu Kelulusan CIMS Untuk Terus Beroperasi – KPKT

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Semua penjaja kecil tidak perlu mendapatkan kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) untuk terus beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi satu kenyataan, memaklumkan ia sudah cukup memadai dengan hanya menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Penjaja kecil di kawasan PBT yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara tidak perlu mendapatkan kelulusan melalui CIMS, memadai dengan hanya menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT.

“Sekiranya lokasi perniagaan membabitkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua penjaja kecil yang diberi kebenaran untuk beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjaja kecil antara sektor perniagaan dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, setakat ini (kelmarin) sejumlah 517,144 syarikat membabitkan 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah CIMS 3.0. Sebanyak 95,142 syarikat telah memperoleh kelulusan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh PKP dengan pematuhan ketat kepada SOP baharu. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading