PELAKSANAAN sekatan pergerakan penuh (lockdown) di bandar raya kedua terbesar di Australia iaitu Melbourne akan dilanjutkan lagi selama tujuh hari, kata pihak berkuasa negeri Victoria, hari ini.
Menurut AFP, sepatutnya, pelaksanaan ‘lockdown’ itu berakhir sebelum tengah malam Khamis ini namun lima juta penduduk di bandar raya tersebut diarahkan untuk kekal berada di rumah masing-masing bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti COVID-19
Pemangku Ketua Menteri negeri Victoria, James Merlino berkata, langkah melaksanakan ‘lockdown’ itu diperlukan untuk mengelak penduduk Melbourne mati akibat pandemik itu selepas pihak berkuasa negeri tersebut menemui varian baharu COVID-19 yang didapati lebih cepat tersebar dan berbahaya.
Penularan terbaharu pandemik itu bermula apabila seorang pengembara yang dijangkiti varian Kappa dari India telah pulang ke Australia. Ribuan kontak rapat pengembara tersebut kemudiannya telah dikenal pasti termasuk senarai yang dikunjungi oleh 60 orang yang dijangkiti varian tersebut sebelum meningkat kepada 350 kes baharu.
Walaubagaimanapun, Merlino berkata, arahan penduduk di luar Melbourne agar mereka kekal berada di dalam rumah masing-masing berkemungkinan akan ditarik balik seperti yang dirancang sebelum ini. Pelaksanaan ‘lockdown’ itu adalah yang keempat di Melbourne sejak permulaan pandemik itu.
Setakat ini, Australia yang didiami lebih 25 juta penduduk merekodkan lebih 30,000 kes COVID-19 dengan mencatatkan lebih 900 kematian. – AGENSI
