Categories
Berita

Semua Kilang Minuman Keras Diarah Tutup Serta-Merta – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Kerajaan telah mengarahkan operasi semua kilang minuman keras ditutup berkuat kuasa serta-merta dalam tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran untuk beroperasi hanya diberikan kepada kilang-kilang berasaskan makanan dan minuman, namun hanya bagi keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluas asas. Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’.

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading