Categories
Berita

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Kecuali Atas Tiga Sebab Ini

PETALING JAYA, 1 Jun – Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown), semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di tempat awam atau fasiliti lain, kecuali atas tiga sebab iaitu kecemasan, rawatan, pendidikan atau latihan.

Di bawah prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam di laman web MKN, dinyatakan bahawa semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dilarang berkeliaran di luar, kecuali tiga sebab berkenaan.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, rakyat Malaysia harus lebih prihatin, kerana dilaporkan sebanyak 82,341 kes jangkitan COVID-19 di negara ini melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Angka membimbangkan itu didedahkan oleh Dr Adham, yang menyatakan daripada jumlah itu 19,851 kes melibatkan kanak-kanak di bawah empat tahun; 8,237 kes (lima hingga enam); 26,851 (tujuh hingga 12) dan 27,402 (13 hingga 17), dan mereka adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1,2 dan 3.

Dr Adham turut menasihati ibu bapa atau penjaga untuk lebih bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangkiti, dan ini termasuk tidak membawa mereka ke tempat yang sesak.

Menurunya, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membenarkan pemberitahuan kompaun dikeluarkan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat yang sesak, kertas siasatan dapat dibuka. – The Star

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading