Kategori
Teknologi

Digital Nasional Berhad (DNB) Ialah Syarikat Bertujuan Khas Yang Dikawal Selia SKMM Untuk Pembangunan Insfrasturuktur 5G Negara

MINGGU lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa akan membangunkan sebuah Syarikat Berujuan Khas dibawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) bagi mengambil-alih tampuk pembangunan insfrastruktur 5G di Malaysia, selari dengan pelan MyDigital yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Hari ini, SKMM telah mengumumkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) adalah Syarikat Bertujuan Khas tersebut yang akan bertanggungjawab untuk membangunkan insfrastruktur rangkaian 5G di seluruh negara – dan menggantikan konsortium 5G yang diperkenalkan sebelum ini oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Jika difokuskan kepada Digital Nasional Berhad, selain daripada membangunkan infrastruktur ini, ia dapat memastikan bahawa spektrum rangkaian 5G diagihkan kepada syarikat-syarikat ini, dan ia tidak digunakan selain daripada tujuan membangunkan rangkaian 5G tempatan.

Pengalihan fokus syarikat-syarikat ini daripada membina insfrastruktur tempatan diharap boleh meringankan beban mereka daripada risau mengenai kualiti insfrastruktur – dan membolehkan mereka untuk memfokuskan penawaran rangkaian 5G yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini turut membolehkan syarikat-syarikat ini untuk terus kekal fokus memperbaiki rangkaian 4G di seluruh Malaysia dibawah program Jendela dan memastikan tiada seorangpun rakyat yang ketinggalan dalam menikmati rangkaian selular pantas tidak mengira dimana sahaja mereka berada.

Selain itu, penawaran perkhidmatan rangkaian 5G oleh DNB kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan ini juga akan diselia oleh pihak SKMM untuk memastikan ketelusan dari segi penjualan dan pembelian diantara kedua-dua pihak.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

Amirul Fahmi's avatar

Oleh Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Tinggalkan komen