Categories
Berita

Sultan Johor Murka Akan Sikap Segelintir Penduduk Di Daerah Mersing Yang ‘Pengotor’

JOHOR BAHRU, 29 Dis – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka akan sikap segelintir penduduk di daerah Mersing yang mengabaikan aspek kebersihan terutamanya di tempat-tempat awam. Baginda bertitah, Mersing adalah sebuah daerah pelancongan yang menjadi pelancong dari luar negara bahkan menjadi ‘syurga’ akan keindahan alam semula jadi.

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah. Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook rasmi baginda.

Sultan Ibrahim menegaskan, sekiranya sikap tidak mementingkan kebersihan berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.

Tegas Sultan Ibrahim, jika sikap tidak mementingkan aspek kebersihan ini berterusan, ia sekali gus akan memberi impak negatif terhadap aspek kesihatan awam. Sultan Ibrahim bertitah, Mersing haruslah mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani itu telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada tahun 2018.

“Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor eko-pelancongan dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar. Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini.

Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah baginda. Baginda turut bertitah mahu pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading