Categories
Berita

PM Muhyiddin Zahir Penghargaan Kepada MP Sokong Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddim merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, terutamanya daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atas sokongan yang diberikan sehingga Rang Undang-undang Pembekalan 2021 (Belanjawan 2021) berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat selasa lalu.

Muhyiddin berkata sokong itu telah membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di samping pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

“Saya juga mengingatkan tentang kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan yang diwakili sebaiknya,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Penghargaan Muhyiddin itu dizahirkan melalui satu ucapan ringkas pada majlis makan tengah hari bersama wakil rakyat PNBBC di Parlimen kelmarin. Belanjawan pertama yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diluluskan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut berjaya memperoleh sokongan majoriti daripada ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagi sejurus selesai bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju manakala 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir. – BERNAMA

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading