Categories
Berita

Kerajaan PN Dijangka Melalui Ujian Getir Di Parlimen Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan Perikatan Nasional hari ini dijangka melalui ujian getir di parlimen apabila pembangkang sedang bertungkus-lumus menggagalkan Belanjawan 2021 di usaha-usaha akhir ini. Persidangan di Dewan Rakyat hari ini dijangka akan dimulai dengan sesi soal jawab yang diikuti juga dengan penggulungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga.

Menyusuli penggulungan kedua-dua kementerian tersebut, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 bagi diluluskan. Selepas itu, kesemua Ahli Parlimen akan membuat undian sama ada menyokong ataupun menolak Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh kerajaan PN.

Dipercayai pembangkang akan mengemukakan undi belah bahagi untuk memutuskan sama ada belanjawan itu diterima atau ditolak. Jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan, ia menjadi bukti bahawa kerajaan PN telah kehilangan sokongan majoriti bagi meneruskan pentadbiran negara.

Walaubagaimanpun, undian yang dilakukan sebelum ini telah menunjukkan bahawa kerajaan PN masih lagi kukuh selepas kesemua telah memihak kepada kerajaan. Bagaimanapun, petang semalam, dua pemimpin politik veteran negara, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah membayangkan kerajaan PN bakal hilang majoriti melalui undian bacaan kali ketiga itu. – SINAR HARIAN / SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading