Categories
Luar Negara

Trump Dakwa Berhasrat Untuk Menyerang Tapak Nuklear Iran

WASHINGTON, 17 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertanyakan pandangan penasihat kanan keselamatan berhubung kemungkinan untuk melancarkan serangan kepada tapak nuklear utama yang berpangkalan di Iran.

Memetik laporan The New York Times, Trump mempunyai pilihan sama ada beliau akan mengambil tindakan ke atas tapak utama Iran itu dalam minggu-minggu akan datang. Beliau berkata demikian di satu mesyuarat yang dihadiri pegawai kanan di Rumah Putih, Khamis lalu.

Naib Presiden Mike Pence; Setiausaha Negara, Mika Pompeo; dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Mark Milley, dilaporkan menyakinkan Presiden agar tidak melancarkan serangan tentera itu, di samping memberi amaran bahawa langkah sedemikian berpotensi menimbulkan konfrontasi besar-besaran menjelang akhir pentadbiran Trump.

Terdahulu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan bahawa stok uranium di Iran telah mencecah 12 kali ganda daripada had yang ditetapkan iaitu 300 kilogram.

Ia sekali gus melebihi had yang ditetapkan oleh Pelan Tindakan Komprehensif Bersama ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan lima negara lain pada tahun 2015. Namun AS telah mengundur diri daripada perjanjian itu pada tahun 2018 di bawah pentadbiran Trump. – The New York Times

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading