Kategori
Berita

Dakwa ‘DG Takut Mati’, Ahli Parlimen Bintulu Akhirnya Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, ‘takut mati’ ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, para doktor dan jururawat.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan. Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan merupakan individu yang ‘takut mati’ kerana tidak turun padang bersama-bersama petugas barisan hadapan yang lain dalam usaha menbendung wabak COVID-19 di negara ini terutamanya di Sabah ketika ini dan menganggap dirinya hanya mahu meraih publisiti melalui sidang akhbar harian.

Susulan itu, beberapa ahli Parlimen terutama pembangkang menyelar serta menuntut pemohonan maaf susulan kenyataan itu. Bukan sahaja ahli parlimen, Dr Noor Hisham turut memberi kenyataan balas terhadap dakwaannya itu dengan tenang.

“Tidak timbul isu kita takut mati. Sebagai orang Islam, kita terima kematian itu berlaku di mana-mana, bukan hanya turun padang atau tidak. Jadi, apa yang penting adalah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas,”ujarnya. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen