Kategori
Berita

Tiada Keperluan Memgimbas MySejahtera Jika Membuat Pembayaran di Pam Minyak – Ismail Sabri

PETALING JAYA, 10 Nov – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melalui sidang medianya hari ini berkata tiada sebarang keperluan untuk mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera sewaktu membuat pembayaran di pam petrol sama ada kad kredit, debit ataupun aplikasi.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memasuki kedai serbaneka, surau ataupun sebarang kemudahan lain di stesen minyak dikehendaki untuk mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftarkan perinciannya secara manual di buku yang disediakan (bagi yang tiada MySejahtera).

“Jadi mesyuarat hari ini memperincikan lagi SOP di stesen minyak. Dulu ada SOP, tapi bila sebut premis, timbul kekeliruan, ada yang menganggap premis itu di dalam kedai, ada yang menganggap premis itu di seluruh kawasan stesen minyak. Jadi mesyuarat hari ini bersetuju untuk meperincikan lagi supaya tak timbul kekeliruan,” ujarnya

Ia susulan terdapat kekeliruan terhadap laporan media yang mengutip polisi mengatakan bahawa sesiapa yang mengisi minyak di stesen minyak wajib mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera. Ini tidak kira sama ada individu itu memasuki kedai runcit atau sebaliknya.

Perincian selanjutnya mengenai SOP di stesen minyak:

  • Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak, tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera/ manual.
  • Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di stesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera/ manual.
  • Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera/ manual.
  • Manakala bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash), mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera/ manual kecuali jika membuat pembayaran di dalam kedai stesen minyak.

Terdahulu, tular satu klip audio seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikenakan denda RM1,000 kerana dia tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak kenderaannya. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen