KOTA BHARU, 9 Nov – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menguatkuasakan pemakaian gelang merah jambu dan hijau bagi sesiapa yang memasuki negeri Kelantan.
“Mesyuarat JKN baru-baru ini memutuskan bahawa kita akan buat sekatan di pintu masuk negeri dan Kelantan buat pertama kali perkenalkan gelang baharu – dua warna iaitu hijau dan merah jambu.
“Warna hijau pula khas untuk pegawai-pegawai yang datang mesyuarat, dan sebahagiannya akan menjalani ujian swab sebelum menggunakan gelang ini… dan dia terhad untuk ke tempat mesyuarat sahaja tak boleh gerak ke tempat lain,” ujarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin berkata , bagi perantau yang pulang dari zon merah, mereka dikehendaki menjalani ujian swab serta dipakaikan gelang merah jambu untuk kuarantin di rumah selama 14 hari. Manakala bagi mereka yang masuk kerana tugasan rasmi kerajaan, mereka akan dipakaikan gelang hijau sepanjang berada di Kelantan.
“Warna merah jambu ini untuk (mereka yang datang) dari zon merah dan masuk ke Kelantan (untuk) balik kampung dan dia kena kuarantin 14 hari. Mereka yang sebegini kalau (keluar) ke kedai misalnya, akan didenda RM1,000,”ujarnya lagi.
Menurutnya, keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri mempertimbang untuk memutuskan lekuk penularan COVID-19 di Kelantan yang masih mengekalkan statusnya sebagai negeri zon hijau.
Dalam pada itu, kepada mereka yang dipakaikan gelang merah jambu, jika didapati merayau atau berada diluar selain di rumah, tindakan undang-undang bakal dikenakan. Manakala bagi pemakai gelang hijau, mereka hanya dibenarkan berada di tempat urusan mereka sahaja. Selepas tugas selesai, gelang hijau berkenaan akan dipotong sewaktu mereka keluar dari Kelantan. – SHARE RANGERS
