SELEPAS menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 pada Ahad, rata-rata peminat terkejut apabila Juara dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedive mengumuman persaraannya secara mengejut dari arena sukan itu.
Beliau mendedahkan bahawa dia telah ‘berjanji dengan ibunya’ yang pertarungan dengan Justin Gaethje adalah yang terakhir baginya. Beliau mengambil keputusan untuk bersara dari sukan MMA sewaktu dia berada di kemuncak kariernya.
“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari. Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Khabib turut membayangkan bahawa dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa kehadiran ayahnya, Allyarham Abdulmanap di sisi. Hal ini demikian kerana ayahnya telah memainkan peranan yang sangat besar dalam membimbing dan mendorongnya ketika di gelanggang pertarungan.
“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya,” ujar atlet Rusia itu sambil menitiskan air mata.
Beliau mengesahkan kemenangannya pada pusingan kedua selepas berjaya menumbangkan lawannya Gaethje melalui kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1.34. Ini merupakan pertarungan yang pertama meraih kemenangan sejak kematian bapa serta jurulatihnya, Abdulmanap Julai lalu.
“Saya akan meneruskan. Juga sekali lagi hormat dan simpati kepada bapa kamu. Kepada kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors,” ujarnya menerusi catatan di Twitter. – SHARE RANGERS
