Categories
Berita

“Tolonglah Ambil Iktibar Daripada PRN Sabah, Jangan Ulanginya,” – Pesan Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan Rakyat Malaysia supaya bersatu dalam memerangi penularan COVID-19, bukannya saling bertelagah serta menuding jari antara satu sama lain.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” ujarnya

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersama dalam usaha sedaya upaya buat sekali lagi bagi melandaikan lengkung penularan COVID-19 di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi Covid-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” ujarnya lagi – BERNAMA

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading