Kategori
Berita

YDP Agong Bertitah, Tiada Sebarang Keperluan Untuk Isytihar Darurat

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini bertitah bahawa tiada sebarang keperluan untuk mengisytiharkan darurat. Baginda turut bertitah, kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah terbukti mampu mengawal wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

Selain itu, Baginda amat mempercayai bahawa kerajaan hari ini mampu untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi menbendung ancaman wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin berkata, keputusan tersebut telah diperhalusi permohonan melalui perbincangan denga Raja-Raja Melayu akan situasi yang dihadapi negara kini.

Pemohonan itu adalah termaktub dengan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Permasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembangaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Dalam pada itu, Baginda mengingatkan semua khususnya ahli-ahli politik agar memberhentikan segala aktiviti ‘Politicking’ yang mampu menganggu gugat kestabilan pemerintahan kerajaan disaat negara masih lagi bergelut dengan ancaman COVID-19.

Baginda turut berpendapat segala tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli-ahli Parlimen tidak sama sekali diperlukan kerana ia berpotensi meruntuhkan kestabilan kerajaan yang sedia ada.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,”ujarnya menerusi kenyataan tersebut. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen